logo

Notis Perlindungan Data Peribadi

Notis Perlindungan Data Peribadi

Dikemaskini pada 1 Februari 2023

  1. Pengenalan
    1.1 Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) bagi menyelaraskan pemprosesan data peribadi dalam transaksi perniagaan. APDP ini digunapakai oleh semua syarikat dan pejabat yang ditubuhkan di Malaysia dan ia memerlukan kami memaklumkan kepada anda tentang hak anda berkenaan data peribadi anda yang telah dikumpul dan sedang diproses oleh kami, dan tujuan-tujuan pemprosesan. APDP juga memerlukan kami mendapatkan kebenaran anda untuk memproses data peribadi anda.
  2. Data Peribadi Yang Dikumpul
    2.1 Kami ingin memaklumkan bahawa semasa menjalankan sebarang urusan atau transaksi dengan anda, Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd (“Trienekens”) memproses maklumat peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada nama penuh anda, salinan dan butiran dokumen pengenalan diri yang lain, nombor kad pengenalan pendaftaran negara (NKP), nombor pasport , alamat, nombor telefon, alamat e-mel, butiran pendidikan dan pekerjaan (untuk pemohon pekerjaan), nama pengguna, kata laluan dan gambar (untuk pengguna aplikasi mudah alih kami) dan lain-lain maklumat perhubungan (keseluruhannya “Data Peribadi”)
    2.2 Data peribadi anda dikumpul daripada pelbagai sumber, termasuk maklumat yang anda berikan kepada kami dari semasa ke semasa melalui sebarang komunikasi atau interaksi dengan kami termasuk e-mel, borang pendaftaran digital atau manual, panggilan, permohonan dan laman web. Walau bagaimanapun, beberapa data peribadi juga mungkin dikumpulkan oleh pihak kami daripada sumber sedia ada yang lain termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi pelaporan kredit, jabatan atau agensi kerajaan, pusat pendaftaran awam, laman web, media sosial, penerbitan, acara, seminar, persidangan.
  3. Tujuan Pemprosesan Data Peribadi
    3.1 Data Peribadi dikumpul dan diproses oleh Trienekens untuk tujuan-tujuan berikut:
      (a) Untuk berhubung dengan anda;
    (b) Untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda;
    (c) Untuk memproses transaksi bayaran anda;
    (d) Memberi maklum balas kepada pertanyaan-pertanyaan anda;
    (e) Tinjau-selidik pasaran dan analisa trend ;
    (f) Memberikan anda maklumat tentang perkhidmatan-perkhidmatan baru Trienekens;
    (g) Untuk mempromosi perkhidmatan dan aktiviti pemasaran lain kami;
    (h) Untuk tujuan pengambilan pekerjaan (untuk pemohon pekerjaan);
    (i) Untuk tujuan keselamatan dan pencegahan penipuan;
    (j) Penyimpanan rekod dalaman dan tujuan audit;
    (k) Tujuan undang-undang dan penguatkuasaan; dan/atau
    (l) Aktiviti-aktiviti perniagaan Kumpulan Trienekens lain yang sah.
    (keseluruhannya “Tujuan-tujuan”)
    3.2 Sila maklum bahawa Trienekens perlu memproses Data Peribadi anda kerana jikalau tidak, produk dan perkhidmatan kami kepada anda akan terjejas.
  4. Pendedahan, Pemindahan dan Perkongsian Data Peribadi
    4.1 Bagi membolehkan kami melaksanakan tujuan di atas, kami mungkin akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada:
      (a) syarikat-syarikat, rakan kongsi perniagaan dan/atau penyedia perkhidmatan yang berkaitan dengan kami
    (b) pembekal, vendor, kontraktor, sub-kontraktor kami;
    (c) mana-mana pihak ketiga lain yang dikenalpasti dan ditentukan oleh Trienekens sebagai perlu atau sesuai untuk menjalankan atau menyokong aktiviti dan operasi perniagaan Trienekens;
    (d) ejen, juruaudit, perunding, akauntan, penanggung insurans, peguam atau penasihat kewangan atau profesional kami yang lain; dan/atau
    (e) penguatkuasaan, agensi kawal selia dan kerajaan sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang atau untuk memenuhi kewajipan kepada pihak berkuasa kawal selia.
    4.2 Sekiranya diperlukan atas sebab – sebab seperti di atas, Data Peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke lokasi-lokasi di luar Malaysia atau diberikan kepada badan-badan, rakan niaga dan/atau pembekal-pembekal perkhidmatan kami yang berkaitan yang mungkin terletak di dalam atau di luar Malaysia dan dengan ini, anda memberikan persetujuan anda untuk pemindahan tersebut.

  5. Keselamatan Data Peribadi
    5.1 Kami akan mengambil langkah keselamatan yang sesuai untuk melindungi dan memastikan Data Peribadi anda yang berada di dalam simpanan kami kekal sulit.
  6. Pengekalan (Retensi) Data Peribadi
    6.1 Kami tidak akan menyimpan Data Peribadi anda lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan asal ia dikumpulkan. Data Peribadi anda akan dihapuskan untuk selamanya dan/atau dihapuskan sekiranya tidak lagi diperlukan dengan cara yang bersesuaian berdasarkan ketetapan Trienekes
  7. Akses kepada Data Peribadi
    7.1 Anda hendaklah memastikan bahawa Data Peribadi seperti yang diberikan kepada Trienekens adalah tepat, lengkap dan terkini.
    7.2 Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini, membuat sebarang pertanyaan, meminta akses, atau membuat pembetulan Data Peribadi anda atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin mengenakan bayaran untuk memproses permintaan anda untuk akses dan pihak kami boleh menolak untuk mematuhi permintaan anda untuk mendapat akses atau membuat pembetulan mengikut APDP.
    7.3 Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan urusan Data Peribadi atau permohonan bertulis untuk mendapatkan Data Peribadi anda atau pembetulan dan/atau menghapus Data Peribadi anda, atau untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda oleh Trienekens harus ditujukan kepada:-

    Alamat: Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
    Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd
    216, Jalan Sungai Tapang
    Lot 2040 Block 15 MTLD
    93250 Kuching, Sarawak, Malaysia
    No Tel: +6082-612300
    No Faks: +6082-620130
    Emel : customercare@trienekens.com.my

  8. Kemas kini kepada Notis Data Peribadi
    8.1 Pihak kami boleh menyemak dan mengemas kini Notis ini dari semasa ke semasa. Kami akan menyiarkan notis tentang sebarang kemas kini sedemikian di laman web kami atau melalui kaedah lain yang sesuai. Oleh itu, anda diharapkan untuk melawat laman web kami untuk menyemak versi terkini Notis ini setiap kali anda ingin memberikan data peribadi anda kepada kami.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Malaysia Notis ini dan versi asal berbahasa Inggeris, maka versi Bahasa Inggeris akan dikekalkan.